Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Presiden International Movement for a Just World (JUST) mendesak kerajaan persekutuan dan mufti-mufti negeri mengesahkan secara terbuka tentang isu Sunni - Syiah berdasarkan mesej Amman.Dr. Chandra Muzaffar menyatakan desakan tersebut kepada Agensi Berita Nasional (BERNAMA) kerana khuatir umat Islam di negara ini terkeliru akibat pembohongan yang dicanang oleh media-media Malaysia.Beliau berkata, Risalah Amman dibentuk secara rasmi oleh 200 cendiakawan Islam terkemuka dari 50 buah negara termasuk Malaysia dalam persidangan antarabangsa di Amman, Jordan pada Julai 2005 atas inisiatif Raja Abdullah II demi memperkukuhkan perpaduan umat Islam.Chandra berkata, risalah itu merangkumi tiga perkara penting:* Ia mengiktiraf kesahihan kesemua lapan mazhab Sunni, Syiah dan Islam Ibandhi, teologi Islam tradisional, fahaman Tasawuf dan pemikiran Salafi yang tulen;* Ia melarang takfir (mengisytiharkan murtad) antara umat Islam dan* Ia menetapkan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa, sekali gus mendedahkan fatwa yang jahil dan tidak sah yang dibuat atas nama Islam.Antara sebab betapa pentingnya risalah itu disahkan secara terbuka dan diberi komitment, beliau menjelaskan terdapat pihak yang mengambil kesempatan mendalamkan jurang antara Sunni dan Syiah bagi melemahkan umat Islam.Beliau juga mencadangkan risalah itu diedarkan secara meluas ke sekolah menengah agama Islam termasuk kepada ustaz dan ustazah di seluruh negara. Kata beliau lagi, risalah itu juga boleh disisipkan dalam khutbah Jumaat dan disiarkan menerusi media-media tempatan.Beliau yakin, risalah itu yang diterima pakai pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Makkah pada Disember 2005 boleh membawa persefahaman dan muhibbah antara Sunni dan Syiah di negara ini.
25 Disember 2013 - 20:30
News ID: 490347
Dr. Chandra Muzaffar desak kerajaan persekutuan dan mufti-mufti mengesahkan risalah Amman secara terbuka dan menyebarkannya ke sekolah-sekolah agama.